MUHAMMAD BIN RAMLI: September 2008

MUHAMMAD BIN RAMLI

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W...Ya Allah Ya Tuhan kami..Ampunkanlah segala dosa-dosa kami , kuatkanlah iman kami, matikanlah kami didalam iman, murahkanlah rezeki kami , jadikan anak-anak dan isteri kami insan yg soleh dan solehah , kejayaan didunia dan diakhirat , permudahkanlah urusan kami didunia dan diakhirat , lindungilah kami dari kecelakaan dunia dan akhirat...selamatkanlah kaum muslimin dan muslimat , kurniakanlah kejayaan jihad mereka ke jalan menegakkan Islam.

Sunday, September 28, 2008

SYAFIQA : "Ye..ye..esok raya..adik..gi la pakai baju raya..test tengok..Kakak dah lawa dah..."


Friday, September 26, 2008

SUDAN MOLEETA part 21 - Safety Walkabout


Thursday, September 25, 2008

Syafiqa : "Adik..Abang ...Jom la pi Raya..Kakak dah ready ni....."

Sunday, September 21, 2008

Safiyya...Permulaan Perjalanan...




Saturday, September 13, 2008

SUDAN MOLEETA part 20- Berbuka bersama Team FSF
Gotong royong memasak. Kelihatan Asrol begitu tekun membelah buah limau sampai meleleh air liur....
Inilah udang yg bakal menjadi Tomyam atas ihsan gegng FSF. Nak harapkan HEGLIG makan gharouf je la tiap2 hari....
Kangkung juga atas ehsan Team FSF. Made in China.

Kueh yg disediakan oleh Chef Khan termasuk karipap Sudan yg kelihatan.



Alhamdulillah semua orang berjaya menghabiskan nasik dan lauk pauk yg ada. Menu hari ni : Tomyam Campur + Sawi + Kurma Daging + Keropok Goreng + Serunding + Bilis Sambal.....pehh..sebanyak 2 gantang nasik berjaya dihabiskan oleh 11 orang Malaysia...pencapaian yg sungguh menakjubkan...Kelihatan yg tgh meneguk itu kita punya Chef jemputan En Fadzli..Tima kasih daun keladi , ada masa mai masak lagi...hua..hua..hua...Yg tgh berdiri bagi ucapan penutup tu FSF Inspector namanya Ali Hanafiah atau gelaran Lobai atas kewarakannya...Yg tgh menyudu tu namanya Tarmizi our Pipeline Engineer..tgh sibuk menyudu budu mengalahkan orang Pantai Timur....asalnya orang Kedah..mengenali budu sejak naik bertugas di Sudan..

Friday, September 12, 2008

SUDAN MOLEETA part 19- Ramadhan Kareem

Alhamdulillah..Ramadhan menjelma lagi..tahun ini 1 Ramadhan 1429/1 Sept. 2008 di sambut ni negara orang, SUDAN


Menu berbuka di site hari ini : Buah Kurma, Ikan Gelama Masin, Sayur Campor (Chef Khan), Hati Gharouf Goreng (Chef Asrol) , Ikan Bilis Sambal (Chef Asrol), Telor Masak Kicap (Chef Khairol) , Sup Ayam (Chef Khairol) dan Serunding Daging (Chef Zaidon) disertai dgn air bandung dan Nescafe Mixed (Chef Khan) dan tak lupa juga menu yg paling penting bagi orang Malaysia , nasi putih...Chef Khan jugak menyediakan sedikit kueh rupa macam Masalodeh.....rasa tak tau sebab tak dak orang yg sentuh....
Doa dibacakan oleh pembaca doa tetap , Chef Khairol (duduk coverall kuning ) .Nasik ngan lauk dah ready cangkul masuk pinggan dah.....

Yg ni pulak makanan Sudanese. Rojak nasik dan roti.Kalau nak try boleh datang Moleeta.

Kawan-kawan Sudanese kita berbuka diatas hamparan tikar .Makan berhidang. Selalunya Magrib berjemaah dibuat diatas tikar ini jugak selepas berbuka. Teringat majlis berbuka di kampung.....

Inilah barisan Chef kita yg bertungkus lumus menyediakan juadah setiap hari. Yg di tengah tu la kita punya Chief Chef, Mr Khan dari Pakistan. Masih sabar menunggu ketibaan tiket kapal terbang ke Karachi untuk pulang berhari raya. Silap2 berhari raya kat sini..hua..hua..hua...