Wednesday, October 22, 2008
Ini pulak sumbangan Zainal (Electrical & Instrument Inspector). Merupakan sambungan wire menyambungkan exhaust fan dan power . Dengan adanya exhaust fan ini menyediakan pengudaraan yg baik ketika memasak dan menambahkan lagi bilangan batang rokok yg dihisap oleh para perokok tegar yg mengunjungi bilik ni..he..he...dan sumbangannya jugak banyak membantu insan yg tak merokok dari mati kelemasan asap rokok.....
Inilah sumbanganku yg tak seberapa..yg dapat mengawal segala harta benda didalam bilik ini daripada menjadi milik orang lain...
Ha...kemudahan ni penting jugak untuk fasa terakhir urusan makanan..Sinki ..untuk membasuh tangan, pinggan mangkuk, sayur-sayuran dan sebagainya.Silat lihat frame kayu yg indah itu..adalah sumbangan brader Wandy..tanpa frame ..siapalah sinki..fikir-fikirkanlah..
Selamat datang....Lebuhraya utama menuju ke Recreation Room.....hasil nukilan...Rahman Road & Bridges Company (RRBC) ...Construction start 9.00 PM 21 Oct 08..Completion 11.00 PM 21 Oct 08...The fastest road project completion in the world..Congratulation to RRBC....
Inilah pintu utama..he..he..ada satu pintu ja..mula2 plan nak buat di tgh Kontena ..last minute due to security & invisible reason diubah ke tepi...
Inilah stok ramuan hasil sumbangan warga kerja Moleeta....nampak banyak..tapi rasanya macam boleh bertahan seminggu ja...memandangkan proses memasak dan memakan berlangsung setiap hampir malam demi memuaskan nafsu makan rimau semua warga Moleeta....he..he..
Tetamu pertama yg tiba dari warga FSF Palogue...banyak input diterima untuk menambah baikkan Recreation Room...termasuklah cadangan mengadakan orang gaji untuk tujuan membasuh mangkok pinggan...memandangkan tiada peruntukan untuk menggaji orang suruhan maka cadangan dibatalkan...
Friday, October 10, 2008
Wednesday, October 08, 2008
Thursday, October 02, 2008
Wednesday, October 01, 2008
Posing raya..yg paling kanan sekali tu la kita punya Shiekh Kabir...Shiekh Asrol...nasib baik sampai lewat..kalau awal sikit dah kena jadi imam hari ni...anta taib....nama dia dah naik untuk jadi Imam I Moleeta Base Camp...tunggu MAIM (Majlis Agama Islam Moleeta) nak panggil interview..tu yg dok praktis pakai Jalabia (jubah) tu....mana tau kot2 officer MAIM nampak..naik la saham sikit...hidup Asrol..kami semua warga Moleeta menyokong penuh perlantikkan hang.
Sembahyang diadakan diatas padang bola dihadapan masjid di Palogue Operation Base Camp. Selalunya sembahyang raya di Sudan diadakan di padang terbuka. Sembahyang start jam 8 pagi. Nasib baik datang awal sebab semua ingat ianya bermula jam 8.30 macam kat Malaysia.he..he..kalau tidak..dgr khutbah je la..
Dah ready nak pergi sembahyang. Nasib baik bawak baju Melayu sepasang ..boleh la rasa ke Malaysiaan sikit.
Kami hanya menolong apa yg mampu ditolong seperti memotong daging, memotong serai dan kerja yg tak memerlukan kepakaran taraf Chef.Kami jugak dibantu oleh sahabat2 kita dari Indonesia yg bertugas di Camp bersebelahan....nyaman kita....
Inilah Chief Chef malam ini, Chef Fadzli...menu yg dirancang malam adalah seperti berikut : Ketupat, Lemang, rendang daging, rendang ayam, rendang gharouf, gulai ayam, goreng gharouf dan 80 lagi jenis juadah lain....tapi memandangkan jumlah jemputan tak sampai 200 orang maka tambahan juadah sebanyak 80 lagi dibatalkan saat-saat akhir. Terima kasih sekali lagi kepada Chef kita yg bersengkang mata hingga jam 5 pagi menyediakan juadah raya...
Kelihatan Wandy terpaksa berhenti rehat selepas berhempas pulas memeriksa kualiti daging yg dipotong.Sebanyak 6 NCR akan dikeluarkan termasuklah 1. memakai sluar pendek semasa memotong daging,2. potong daging tidak mengikut size yg ditetapkan, 3. memotong daging sambil berdiri, 4. menggunakan daging import untuk rendang raya, 5. tidak menggunakan rempah ratus dari Jawa untuk gulai ayam dan 6. terpaksa bancuh teh untuk kawan2...he..he..he...