MUHAMMAD BIN RAMLI

MUHAMMAD BIN RAMLI

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W...Ya Allah Ya Tuhan kami..Ampunkanlah segala dosa-dosa kami , kuatkanlah iman kami, matikanlah kami didalam iman, murahkanlah rezeki kami , jadikan anak-anak dan isteri kami insan yg soleh dan solehah , kejayaan didunia dan diakhirat , permudahkanlah urusan kami didunia dan diakhirat , lindungilah kami dari kecelakaan dunia dan akhirat...selamatkanlah kaum muslimin dan muslimat , kurniakanlah kejayaan jihad mereka ke jalan menegakkan Islam.

Wednesday, October 01, 2008

SUDAN MOLEETA part 23- Sembahyang Raya

Bermaaf-maafan selepas sembahyang. Kira kosong-kosong la no.. walaupun kita tak pernah jumpa.... Nak duit raya mai la Malaysia..Pasni salam ngan member aku kat belakang ni..dah standby tangan dah...nama dia Wandy..nanti kecik hati pulak....
Posing raya..yg paling kanan sekali tu la kita punya Shiekh Kabir...Shiekh Asrol...nasib baik sampai lewat..kalau awal sikit dah kena jadi imam hari ni...anta taib....nama dia dah naik untuk jadi Imam I Moleeta Base Camp...tunggu MAIM (Majlis Agama Islam Moleeta) nak panggil interview..tu yg dok praktis pakai Jalabia (jubah) tu....mana tau kot2 officer MAIM nampak..naik la saham sikit...hidup Asrol..kami semua warga Moleeta menyokong penuh perlantikkan hang.

Sembahyang diadakan diatas padang bola dihadapan masjid di Palogue Operation Base Camp. Selalunya sembahyang raya di Sudan diadakan di padang terbuka. Sembahyang start jam 8 pagi. Nasib baik datang awal sebab semua ingat ianya bermula jam 8.30 macam kat Malaysia.he..he..kalau tidak..dgr khutbah je la..

Dah ready nak pergi sembahyang. Nasib baik bawak baju Melayu sepasang ..boleh la rasa ke Malaysiaan sikit.


Inilah serba sikit juadah yg disediakan selepas sembahyang raya. Buah kurma, gula-gula dan jugak kueh raya yg macam kat Malaysia..tapi rasanya saaaaaangat manis...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home